Bilik Darjah FROG bantu guru tangani cabaran

imageSepang : Penubuhan bilik darjah Frog di setiap sekolah dapat membantu guru dalam menangani cabaran dalam sistem pendidikan rendah dan menengah di negara ini.

Timbalan Menteri Pendidikan I, P. Kamalanathan berkata, penubuhan bilik darjah baharu itu seiring dengan perubahan sistem pendidikan negara.

“Dengan adanya bilik darjah Frog guru akan lebih kreatif dalam merancang pengajaran yang lebih kreatif selain memberi inspirasi kepada pelajar.

“Dalam usaha itu, sekolah-sekolah di negara ini perlu dilengkapi dengan infrastruktur kemudahan bilik darjah yang lengkap dengan kemudahan peralatan mengajar dan akses kepada internet berkelajuan tinggi,” katanya ketika merasmikan Bilik Darjah Frog Sekolah Kebangsaan Kota Warisan,Sepang, Selangor baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Projek proses dokumentasi, Latun Nazira, Pengetua SK Kota Warisan, Ana Liza Zainuddin berkata.

Kelas interaktif bilik darjah Frog SK Kota Warisan telah diubahsuai pada 30 Mei hingga 14 Jun lalu dengan melibatkan 28 sukarelawan dari Express Rail Link (ERL), E-MAS termasuk dibantu 17 pelajar tahun akhir dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA.
Objektif utama projek ini adalah untuk mendedahkan generasi baharu pelajar melalui pendidikan, teknologi, perkhidmatan dan keazaman. Bilik darjah abad ke-21 akan meningkatkan persekitaran pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi dengan penggunaan teknologi yang maju daripada ChromeLabs.

Kamalanathan berkata, beliau berharap lebih banyak syarikat penyertaan daripada sektor korporat terlibat dalam projek ‘Frog Classroom Makeover’ supaya lebih banyak sekolah, terutama di kawasan luar bandar berpeluang untuk mengalami pengalaman dalam bilik darjah Frog dan menggunakan sepenuhnya manfaat VLE ‘Frog Classroom’ dalam pembelajaran yang lebih kondusif.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah berkata, pihaknya amat teruja apabila terlibat dalam menjayakan projek ini dan dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk membuka minda mereka.

“Kelas yang unik akan menyediakan persekitaran pembelajaran interaktif yang menyeronokkan untuk guru dan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah projek Yayasan YTL, Datin Kathleen Chew berkata, idea mengubah bilik darjah ini timbul ketika menjalankan sesi ‘Teach for Malaysia’ untuk pelajar.

“Bilik darjah Frog direka bentuk untuk membolehkan kreativiti dan kerjasama dan menggalakkan penggunaan ICT untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran setiap hari,” katanya.

Pensyarah dan Penasihat Projek pelajar tahun akhir perhubungan awam UiTM Prof. Dr. Kiranjit Kaur berkata, program ini dapat meningkatkan nilai-nilai murni dalam program sukarela ini selain mewujudkan bilik darjah abad ke-21,

“Dengan tidak mendokumenkan proses pengubahsuaian bilik darjah untuk pengetahuan umum tetapi juga untuk menunjukkan kepada sekolah-sekolah lain mengenai bagaimana mudahnya untuk mengubah suasana pembelajaran dalam bilik darjah untuk pembelajaran yang lebih interaktif melalui ini contoh transformasi di SK Kota Warisan,” katanya. – BERITA HARIAN

Advertisements

Platform pembelajaran maya di sekolah

va_01.1

SITUASI pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Abdullah, Kuala Lumpur tampak berbeza selepas sistem baharu diperkenalkan di sekolah tersebut baru-baru ini.

Sistem tersebut ialah Aplikasi Google untuk Pendidikan (Google Apps for Education) dan Frog VLE.

Penggunaan platform pembelajaran maya Frog VLE (Virtual Learning Environment) di sekolah-sekolah adalah sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk merapatkan jurang digital antara pelajar kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pembelajaran berteraskan internet yang berkualiti.

Inisiatif kementerian itu menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang berjaya melengkapkan semua sekolah di seluruh negara dengan akses internet mudah alih 4G dan platform pembelajaran maya, Frog VLE.

Frog VLE bukan sahaja berupaya memberikan akses kepada sumber atau bahan pembelajaran yang pelbagai tetapi juga aplikasi produktif yang lain seperti e-mel, forum, kalendar dan sistem pengurusan tugasan.

Sistem yang berteraskan perkomputeran awan itu dapat diakses di mana-mana lokasi melalui sambungan internet.

Ia memberi kemudahan kepada pelajar, guru dan ibu bapa walaupun berada di luar kawasan sekolah.

Penyelaras Frog VLE di sekolah tersebut, Normie Azura Abdul Jamil memberitahu, para pelajarnya menunjukkan semangat yang tinggi selepas menggunakan Frog VLE.

“Ini terbukti apabila mereka sanggup beratur panjang di hadapan pintu makmal komputer untuk menggunakan Frog VLE dan Aplikasi Google untuk Pendidikan.

“Para pelajar menghargai kaedah pembelajaran seperti ini dan mereka menggunakannya dengan baik terutama perisian Google Drawing. Mereka berjaya menghasilkan lukisan yang menarik dengan menggunakan aplikasi itu,” ujarnya yang juga guru di sekolah tersebut.

Pencapaian

Rekod penggunaan Frog VLE yang dicatatkan oleh SMK Raja Abdullah pada Januari lalu sangat memberangsangkan apabila berjaya menduduki tangga ke-14 bagi sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan.

Bagi peringkat sekolah menengah pula, SMK Raja Abdullah mencapai kedudukan kelima terbaik.

Normie juga mempunyai cara tersendiri dalam usahanya untuk memperkenalkan Frog VLE dan Aplikasi Google kepada pelajarnya.

Sebagai contoh, beliau menggalakkan pelajar menggunakan Aplikasi Google dengan menghantar tugasan melalui pautan Google Docs sama ada kepada rakan sekelas atau guru.

va_01.2

Antara kandungan pelajaran Frog VLE yang digunakan untuk sesi pembelajaran bahasa Melayu.

 

Jelasnya, perubahan paling ketara ialah pelajar-pelajar kini lebih mudah menyiapkan dan menghantar tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.

“Penggunaan komputer untuk pembelajaran juga menjadikan mereka lebih bersemangat menyelesaikan tugasan tanpa perlu dipaksa,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman, pelajar tingkatan empat, Airon Iqbal Muhammad Yamin, 16, berpendapat, kaedah pembelajaran baharu itu banyak membantu terutamanya sewaktu menyiapkan kerja sekolah. Ia juga menjadikan proses perkongsian dokumen dan diskusi antara rakan-rakan sekelasnya lebih mudah.

“Sebelum Google Drive dan Frog VLE diperkenalkan di sekolah, kami mengeluarkan wang yang banyak untuk mencetak dokumen. Kami juga terpaksa menggunakan buku-buku latihan untuk membuat tugasan bagi subjek Teknologi Maklumat dan ia membebankan guru-guru menyemak tugasan,” katanya.

Tambah Airon Iqbal, guru-guru juga tidak lagi merungut mengenai tulisan pelajar yang tidak kemas selepas menggunakan Aplikasi Google Drive.

Sementara itu, Pengetua SMK Raja Abdullah, Wan Mohd. Wan Yusof memberitahu, penggunaan Aplikasi Google dan Frog VLE membantu memudahkan urusan merekod pencarian maklumat dalam rekod ko-kurikulum dan disiplin pelajar.

“Menjelang Julai ini, pihak sekolah menjangkakan kesemua 1,500 pelajar sekolah ini tahu cara mengakses Frog VLE mengikut kaedah yang betul atau sekurang-kurangnya mahir menggunakan Google Docs tanpa bimbingan.

“Setakat ini, SMK Raja Abdullah mempunyai sebuah makmal komputer dengan 20 buah komputer. Malangnya, situasi ini agak mengehadkan usaha kami untuk menguasai penggunaan Frog VLE dan Aplikasi Google,” ujarnya.

5,000 teachers trained in VLE Frog

IPOH: Five thousand teachers from 2,500 schools in the country have been trained to use the internet education system, ‘Virtual Learning Environment (VLE) Frog’ as a teaching and learning platform (PdP).

Education director general Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof said the VLE Frog is an education ministry technology-based project, ‘1Bestarinet’, under the Malaysia Education Development Plan 2013-2015.

“The training is focused on young teachers below 40 years old. The ministry has selected them because of their ability to readily grasp and apply the PdP in their work,” he said.

He said this at the launch of the ‘1Malaysia Young Teachers In VLE Frog As a PdP Programme’, here today.

“I wish to stress that the VLE is part of the PdP. It cannot be regarded as a separate programme.

“The VLE is only a tool in the PdP. It is suitable as it allows the students to enjoy their lessons, retrieve information quickly, and draws the students’ interest in their studies,” he said.

Khair said the system could also facilitate the teachers’ teaching aid preparations.

“Hopefully, this programme would get the full commitment of the teachers,” he said, adding that the VLE Frog should be accessible to all teachers in Malaysia to achieve the country’s national education aspirations. – BERNAMA